Puan amira
Akhirnya mira sah menjadi isteri orang. Aku bangga ngan dia, sedeh pun ada, sbb kwn pompuan aku paling rapat telah dimiliki org. Apa2 pun aku sangatlah gembira kerna akhirnya cinta itu menyatukan mereka ke jinjang pelamin. Bertempat di kampar majlis berjalan dlm keaadaan aman dan huru hara. motip ada huru hara??? jommm aku citer sikit...




Dengan sekali lafaz, mira SAH menjadik isteri kepada zam. Tahniah utk mereka.













*Walaupun sudah berkahwen mira x akan dikongkong utk jumpa aku... kami still kawan baik. Jika ada majlis dia pasti dtg jika berkesempatan... tak sbr nak jd uncle utk anak mira. kahkahkah.. bak kata mira sebelom kami balik ' malam yg panjang malam nie' so paham2 lah. bye.
posted by wan khairy @ 6:50 PM
0 Comments
sembilu kasih- ziana zain

posted by wan khairy @ 7:54 PM
2 Comments
Teman
Sabtu: Aku coba untuk berhibur bersama teman2 rapat aku. Bertempat di MP, coba itu sangat berjaya. tanpa mereka siapalah aku. Permergian achu dan amal buat kali ke2 ke situ membuahkan sesuatu yg memuaskan, kerna mereka sangat enjoi. Permergian pertama mereka dulu kata boring maybe sebab x der aku kot. kahkahkah.. kita salaing memerlukan ler achu. hihi. Aku ngan phez dah slalu epy kat situ. Rifai jugak ada untuk berhibur skali. begitu jugak kwn amal yg menjadik usikan kami. kahkahakhkah...(walaupunnnn) Sejujurnya sgt besh okey. Nanti kita g lagik k. Terima kasih kerna anda penawar aku. Aku tak perlu yg lain selain korang. Kesunyian ini terisi dari dulu sampai sekarang bersama korang. Muahhhxxxxx...

Ahad: Kami g jalan2 kat bukit bintang. Nak jumpa rifai yg sudah hendak pulang ke kuantan. Sampai sana, jln2 kejap pastu terus melepak kat Nandos utk melantak. hahahhahahah. Sedap!!




Feena jugak( kita serupa, daaaa... bukan dirancang tapi kebetulan). Dan kepada semualah. Thxxxx sesangatttttttttttttttttttt... Tak ada apa yg perlu aku cerita, kerna cerita itu korang dah tahu melalui org lain. Aku tak perlu hebohkannya, kerna aku bukan menang satu juta!!
*kehidupan mengajar aku apa erti kesalahan. Kesalahan membuatkan aku peka tentang kebaikan. Kebaikan merupakan sesuatu yg akan dikenang.
posted by wan khairy @ 6:29 PM
4 Comments
Suratan , kebetulan atau ketentuan?

*aku lepaskan rama2 itu terbang megah diudara. harap dia akan kekal chantik dimata dunia. Kejadian tuhan itu harus kita doakan yg baik2. Janganlah dicemari warna yg ada. Pergilah engkau sebagai makluk tuhan yg bebas. kerna 'syarat dunia' tak boleh lawan ngan ketentuan ilahi. Dunia ini tercipta UNTUK MU. bye.
posted by wan khairy @ 7:31 PM
8 Comments
'kengkawan' kawen
Sabtu lepas berlangsung majlis perkahwinan timah ngan mat kat kampung timah, kedah sana. Aku sesungguhnya tidak dapat hadir ke majlis itu, kerna terlalu bz dan paling penting sabtu merupakan 'HARI AKU start DEMAM'. Cam mana nak g??? Tapi timah memahami kerna aku dah bagik tau awal2 yg aku kemungkinan besar tak dapat hadir, dan dia paham. Lagik pun dia buat kecik2 jer... Yang besar2an kata dia hanyalah photoshoot. kahkahkah.. (kengkawan mmg suka bergambar). Perkataan 'kengkawan' aku dan timah yg cipta, dan kami ber2 suka guna perkataan tue bila nak bergosip. Argggghhh aku windu saat naik bas ngan timah dr shah alam ke kl utk bekerja. Aku slalu g lepak umah shah alam. (time tue zaman kegemilangan aku bersama hatta dolmat ngan kengkawan yg lain). Walaupun masa itu dah berlalu, utk kenangan ianya tetap tersemat di ati.(nak jiwang jap!!)
Pengenalan aku ngan timah wujud masa aku mengenali hatta,wani semua. Rapat dan boleh ngam ngan timah sbb kami org 'UTARA'. So pakai glam2 , vouge segala cakap kuat2 bahasa utara, bangga gila!! kahkahkahkah.. Paling mustahak, aku ngan timah suka bergosip. Kuat gila gosip...(cam aku ngan dayanglah, tp ngan timah lagik kuat!!) semua cerita baik buruk, cantik hodoh, pandai bodo semua ada dalam gengaman. Aku bila dah kenal seseorang(wanitalah) mmg aku suka kongsi cerita2 peribadi aku yg mana teman istimewa pun tak tahu!! Tak percaya? maka percayalah skg. Setiap wanita yg singgah dlm hidup aku pasti ada kenangan yg sgt menyentuh jiwa raga. cam kenangan aku ngan epa(mana lah dia skg??), kenangan aku ngan mira( masih mencipta kenangan kerna kami masih rapat), kenangan bersama feena( sudah bahgia hendaknya), kenangan aku bersama dayang( jauhnya ko skg).. Semua wanita2 ini punya kenangan bersama aku, termasuklah timah.
Kenangan aku ngan timah paling syok ialah 'kunci jam hp,tito dalam bas, set time 15min, jaga2 dah sampai asia jaya'. serius mmg tak pernah terlepas dari asia jaya wlpun lena diulik mimpi dalam bas. Dan kini timah sudah menjadik milik orang. Aku harap timah bahgia + murah rezki + dapat anak banyak = happy family. Sesungguhnya jodoh timah ngan mat mmg dah ditentu tuhan. Liku2 mereka bercinta sangat boleh dibuat filem, tapi akhirnya ke jinjang pelamin jugak. Dan timah merupakan satu2 kwn wanita yg aku kenal kawen ngan bf dia yg bercinta bertahun2 lamanya. Kwn2 pompuan yg lain sesungguhnya cinta bagai nak gila, kawen ngan org lain. KONSEP sangat!!! huhuhu..

Selepas nie mira pula akan menjadik milik orang. Dan kad2 kahwen dia aku dah mula edarkan. Aku jugak memerlukan pertolongan yana utk edarkan sbb dia slalu jumpa kwn2 aku yg jarang aku jumpa. Hid,cece,banod tggu kad jemputan kahwen mira dari yana k. Maksu dan dapat. Budak2 celcom cam paktam,fena,jack tunggu apex edarkan yer. Harap korang pegilah kenduri kahwen mira itu. Kampar, perak jer.(1 jam 1/2 sampai, jika kemut bawak keta 2 jam sampailah) aku seharusnya pergi, lagik awal dari korang . sebab besh frend kawen tue, harus kena tolong2 , buat pelamin, nak pakai inai gak,(tetap). Jumpa korang kat majlis itu nanti. wasalam.
* timah dah selesai. mira menyusul, selepas nie sapa??? Mangkuk ajaib kesayangan ku tolong telek, harap2 biarlah sahabat lelaki pulak yg kahwen!!!
posted by wan khairy @ 10:02 PM
3 Comments
show rnp junior di LQ
Jumaat: Aku sangat demam dan sakit, terasa tak nak g LQ pun ada... Tapi kena pergi, bukan nak gigih menari, tapi gigih utk melihat phezz dan ahli2 baru rnp menari. Rugik jika lepaskan. Aku join rnp rasanya tahun 2006( show pertama kat orange kuala lumpur), 2007 (kat LQ), 2008( jugak LQ tribute utk britney) , (show kat hotel renaissance) Untuk tahun 2009 aku terlibat masa show perasmian butik kak umi aida jer. Itulah serba sedikit penglibatan aku dalam grop RnP nie. Kali nie mereka muncul untuk junior, budak2 baru yg join rnp setelah diujibakat. Ternyata mereka sangat berbakat dan hebat!! Aku g ngan mira dan laki dia. Achu dan amal menyusul kemudian. jom kita lihat comment2 mereka tentang show rnp junior.

Amal: Sangatttt beshhhh!!! gempaq. step susah tue. Cuma tuelh agak kelam kabut, tapi aku menyukai show nie.... Rnp tetap gempaq.
laki mira: Aku tgk show ko dlm hp tue lebih ok. Yang nie tetap besh, cuma aku tak kenal lah kan siapa semua tue.... hahahhaa... tapi Rnp sangat bagus utk diketengahkan. first time masuk lq. Cam nie suasananya. hahahahahha.

pas abis show ramai yg dtg kat aku, awat x join???? awat senior tak munchul???? usher ko biadapkan mati2an ingat aku join sedangkan aku dok kat atas merakam video. ko ingat aku tetiba boleh jadik kecik ker? sah2 penari yg baru semua kecik2 comel belaka. motip sgt ko kan... Selepas semuanya selesai aku and the geng balik lah. tak kan nak berkampung kat situ. Balik makan ubat dan tito. Esoknya aku MC sbb dapat surat doktor utk rest yer. bukan ngelat utk g keja. sepanjang minggu aku rest kat umah jer... gigih aku dok umah.
* melihat ulang kali video rnp junior terasa bergetar kaki dan tgn utk menari. arhhhhhhh, nantikan video itu di laman youtube aku nanti. akan dimasukkan.
posted by wan khairy @ 7:50 PM
9 Comments
berkelah
Kami gerak pukul 10pagik.(gigih kan?) Kami sebenarnya tak tahu mana hala tujuan asal, mula2 nak g ulu yam, akan tetapi semasa perjalanan dpt dilihat terlalu ramai manusia kat ulu yam. So korang boleh bayang air terjun ituew bertukar menjadik coklat, kerna dh terlalu banyak jenis manusia berendam dalam tue... NO...NO...NO... Maka kami terus naik keatas, last2 sampai ke 'Batang kali'. Jika sebelah kiri mmg ramai manusia, kerna jalan nak kesitu mmg mudah dan keta boleh masuk... tapi jika sebelah kanan mmg x ramai org, sbb jalan nak turun ke situ very the boleh membunuh!!! Hanya sesuai utk remaja2 yg cekal dan gigih jer mampo lakukan. Hahaha.. Mmg besh kerna tak ramai.

Perot aku sakit, begitu jugak achu.... hukhukhukhuk.. mmg nak keguguran yg teramat sangat! Maka kami mendaki naik keatas utk cari toilet supaya hajat ini dpt di laksanakan. Jauh gak g mencari toilet disebelah sana.... Alangkah terkejutnya toilet dari luar mmg besar dan gah!! Bila masuk 'Ya rabbi Ya habibi Ya maulana Ya buah kana' Sangat PETAKA! PETANDA! BENCANA! Sangat BUSUK! BURUK! BEROK! BANGGANG! BABI! BANGSAT! BIAWAK! BINATANG! eeeeeuwwwwwwwww, x tergambar melalui kata2, korang g la tengok sendiri. Maka aku dan achu tekad utk naik keta g cari toilet. Nak tahu toilet mana kami sampai???? toilet kat genting. Kat cable car. OMG sampai kesitu kami sampai..... Sib baik hanya 20minit perjalanan utk kesitu dari air terjun. Janji bersih.. tak kesahlah mana2 pun. Setelah selesaiii aku dan achu ke air terjun balik..
Dalam perjalanan itu aku menyumpah2 la toilet kat batang kali tue, dan ckp klulah apex ke, dayang ke, amal ke, nak ke toilet maka azablah dunia mereka. Dan ternyata sesampai jer situ, mmg amal tengah menunggu kami, katanya 'nak keguguran jugak' har har har har.... Menjawablah achu. sib baik bukan apex.(sbb apex pun masa mula2 sampai ckp sakit perot, tp ilang setelah mkn.)So achu dan amal naik lah ke sana utk ke toilet. Sungguh kesian kat achu kerna masanya abis dalam keta. hahha.. Tapi 'DEMI' achu tetap redha dan redah jer. Aku pulak apa lagik mandiiiii lah.




* Minggu nie mmg penuh ngan aktiviti bersama kwn2 tersayang. makasih semua.....
posted by wan khairy @ 6:53 PM
12 Comments
makan2/shopping/bowl/cha cha
Sabtu: banyak giler benda berlaku dalam ari sabtu.... Mcm2 plan dan acara yg ada dalam list. wahhh cam tue kan... jom tengok aktiviti2 ituew secara ringkas...
Pertama: makan-makan umah Hid


Kedua: main bowling
Ketiga: shopping time

Keempat: cha-cha

* aktiviti ke lima akan menyusul keesokkan harinya, pergi berkelah.... tunggu!!
posted by wan khairy @ 8:47 PM
2 Comments