America Next Top Model- Cycle13
Haaaaaaaa, korang musti tunggu ulasan LCW kan? pilihan LCW kan? owhhh tak ke? kah3.. paper jer, janji ramai yg tak tahu kewujudan ANTM 13 sbb LCW x update apa2 pun!! so maknanya blog nie tetap menjadi blog rasmi ANTM wlpun sampai 4 Episode sudah!! kah3.. Gila x lambat update, raya lagik, ramadhan aku lagik, photoshoot lagik, terlalu banyak 'Rancangan' kat blog nie.. Wink. So kat sini dah masuk episode 4, makanya LCW nak kuarkan wakil2 LCW dalam ANTM13..( wakil nie, pilihan lorh..)




Laura: Melihat pose laura diatas, aku jadik suka sama dia.. Vouge tue... mata si laura nie chantik, bibir dia seksi... keyakinan dia jugak tinggi.. wlpun org nya tak tinggi yer. Dia menjadik pilihan ke2 aku.



5 Model diatas adalah yg mampu pergi jauh dan kasi gegar ANTM13 utk kali ini. Yang laen tak bagus ker? yesss bagus jugak Contoh seperti kara dan jenifer tapi mereka punya isu ttg wajah mereka moh ulasan aku ttg mereka nie.


Model aku tak suka:



Yang Sudah tersingkir:





*4 sudah tersingkir.... Pilihan saya sudah diketahui, pilihan anda? moh ler memilih yer..
posted by wan khairy @ 6:52 PM
3 Comments
Raya pertama aku
Tahun nie aku pulang beraya ke desa terchinta 'Penang'. Dah 2 tahun aku x beraya sana, tahun nie pasti indah. Sesungguhnya aku sangat teruja dan sedeh. Naper sedeh? nanti aku ceritakan.. Hurmmm aku bertolak dari kl pada ari sabtu, jam 2ptg. Pulang bersama akak dan anak dia jer.. Cukup ler ber3, kang ramai2 penuh x besh pulak. Wink. Perjalanan dari kl sangat menyenangkan, akan tetapi PETANDA jalan jem itu kelihatan bila kami dah masuk perak. Aiyooooo dah ler hujan lebat sepanjang jalan, selagik masih berada dalam daerah perak, mmg hujan jer.. Sgt tidak beshlah jika beraya kat perak. Kemalangan? perhhh sepanjang jln, pasti ada jer keta berlanggar bontot keta.(menjawab ler ) Sangat sakit hati bila bawak keta 20kmj.. Demi raya, kami bersabar, sebab mood berpuasa itu masih ada.. kang klu maki2 batal puasa kami. Dalam kul 5ptg kami sampai hentian tapah.. korang bayangkan nak ke tapah jer ambek masa 3 jam.. kami berhenti situ sbb nak bungkus nasi, takut nanti x sempat, sbb mmg tak sempat pun!! So berbuka dalam keta jer... Kul 9mlm kami sampai penang. Tue diaaa.... kematu dok dalam keta lama2.
Sampai sana, seperti biasa suasana desa ngan jutaan lampu pelita, budak2 main bunga api, membuatkan aku rindu zaman budak2 aku. Sbb time tue, umah tok aku paling banyak lampu pelita, kami berlawan antara satu sama laen utk chantikkan umah ngan lampu pelita. Tapi tahun nie, x der siapa nak buat kat umah tok aku. hurmmm 'SAYU yg pertama'. Kami tidur awal mlm tue sbb esok nak raya, bangun pagik... Dalam kul 7 lebih aku dah bangun, mandi wangi2, pakai baju melayu pink, siap bersampin, makan ketupat aku pergi ke masjid. Di masjid hati aku menjadik sangat sayu,terasa takungan air mata nie tak terbendunglah.. (dah tak ensem seketika) Mudahnya ia mengalir sebab banyak perkara. 'SAYU yg kedua'. Aku kehilangan ibu terchinta diusia aku 3bulan. Ketiadaan ibu, aku dibela sampai besar oleh nenek (tok) aku yg terchinta. Untuk tahun nie, aku tak dapat beraya ngan tok lagik, bukan utk tahun nie jer, tapi utk selama2nya..kerna tok aku dah pergi mengikut mama aku sudah lama menunggu dia di alam sana. Banyak frendz tahu aku mmg sangat rapat ngan tok aku, kerna bagik aku dialah ibu dan dialah bapa aku... Walaupun aku masih punya bapa, tapi kasih sayang mereka tak pernah hadir sampailh aku besar, kerna mmg aku dari kecik sampai besar, kasih sayang itu hanya hadir dari tok aku. Aku merindui bebelan dia, tangisan dia, gelak tawa dia.... tue yg malas nak update blog nie... 'SAYU secara LIVE'. Semakin ramai yg meninggalkan aku... Dari keluarga ke kawan2... pasti ada yg datang dan pergi... Di pusara, aku berdoa yg suatu hari nanti aku akan pergi mencari mereka di alam sana.. kerna aku rasa, masa aku utk berjumpa mereka tak lama. entahlah perasaan ini dah lama aku rasakan... Hanya paktam jer tahu. 'SAYU ke tiga'. Habis sayu2 aku pulang utk beraya... tukar mood!!!!!!
Aku? hurmmm perlu cakap lagik ker? kali nie nak ucap tahniah kat akak aku kerna mampu kendalikan 'sonia' dgn berjayanya, wlpun mula2 cam hampeh hasilnya. Tapi selepas itu tak perlu cakap, dia tahu apa nak buat. keluarga berdarah seni, mmg senang nak bentuk. Koma*
* Raya ke2 aku sudah pulang ke kl, tapi sempat g open hse lagik sbb menu nasi tomato/ nasi daging sgt tidak boleh dilepaskan.... Perghhhh sedap. Pentingnya 3jam jer drive, kami selamat sampai kl yg sunyik. uwaaaaaaa.....
posted by wan khairy @ 8:31 PM
4 Comments
Ramadhan aku- Episode terakhir
Maksu adalah tetamu terakhir aku dalam jelajah 'Ramadhan aku' untuk tahun 2009 nie. Walaupun tinggal berbaki 2 hari kita berpuasa iaitu hari ini dan esok, tapi aku dah tahu dimana aku akan berada.. jom aku selesaikan jelajah ini untuk tatapan korang semua:
Episode 27: Semalam aku berbuka ngan achu di umah aku ler... juadah berbuka aku ialah, laksa dan nasi ayam. Dah nak penutup baru aku dpt mkn laksa.. kah3... Kempunan yer... so smlm aku belilah laksa.
Episode 28: Hari ini aku akan berbuka kat umah jugak bersama achu utk penghabisan kalinya... Kerna malam nie achu dah balik johor. So penutup ramadhan aku bersama achu akan berakhir malam ini. Terima kaseh diucapkan kepada achu kerna sepanjang jelajah ramadhan aku, hanya 2 kali jer kami tidak berbuka bersama... Hari laen semua bersama... Sempurna ramadhan aku kerna ada A&A. Walaupun ini ramadhan pertama aku idup solo, tapi ianya tidak seperti aku jangkakan... kerna ianya menjadik bertambah epy dan sentosa. Terima kaseh achu, terima kaseh jugak utk amal, kerna sentiasa ada utk aku. Tanpa korang musti ramadhan aku x ceria. Korang adalah tetamu VVIP yg paling besh dalam siri jelajah ' Ramadhan Aku' utk tahun ini.
Episode 29: Esok aku akan bergerak ke penang! yeahhhh.. maybe akan berbuka puasa kat sana. Klu jalan jem, maka nya kereta akan menjadi pot berbuka. Heheheh.. Esok tengah hari aku akan gerak pulang ke kampung bersama kakak dan anak buah aku. Dah 2 tahun tak balik, harapnya tahun nie terubat rindu... Sedeh tak beraya kat penang? gila x sedeh.. boleh basah baju pink aku nanti. wink.
Episode 30: ada ker? kah3... puasa tahun nie 29 hari jer ke? hurmmmm nerves nak tunggu pengumuman raya nanti.. klu kita x raya ahad, makanya kita akan berpuasa lagik ari ahad tue. Dan aku akan berpuasa kat penang sana. Tapi harapnya rayalah ahad tue,... Sebab akan tunggang langgang jadiknya cuti klu raya isnin. Aku rasa puasa tahun nie 29 ari jer... Dan kita akan beraya ari ahad!!!!! amin.

kepada frendz yg balik ke kampung, nasihat aku bawak keta elok2. Selamat pergi dan kembali ke kuala lumpur semula. Kepada frendz yg x dpt cuti raya, jgn risau.. raya ke2 aku sudah berada kat kl. Open house umah aku, insyallah akan berlangsung pada 10/10/2009. Maka nya aku akan update lagik tentang tarikh itu. Tapi aku dah cop tarikh itu. Jangan ada cita2 utk ambik tarikh itu. wink....
*Blog ini akan berehat semperna hari raya ini... Jumpa bila masa itu megizinkan. Kepada semua pemerhati blog ini.. selamat hari raya aku ucapkan... salam lebaran.
posted by wan khairy @ 6:57 PM
4 Comments
Ramadhan aku
Episode: 24 , 25 dan 26
Episode 24 : Madam Kwan KLCC
Aku bersama ngan A&A,pheez,firdh g berbuka puasa kat Madam Kwan kerna nak makan dari ari tue tak dapat2, akhirnya dapat jugak... Yeahhhh.. kali ke2 berbuka puasa ngan phezz. Walaupun dia sibuk, tapi sesungguhnya masa itu ada jer utk kengkawan.. Cuma yg alpa dan punya sejuta alasan jer akan cakap tak sempat. Tapi itu semua perlu diabaikan kerna kehidupan mereka bukan lagik masalah aku. Wink. Selepas berbuka puasa kami g karok. 3 jam lagik lah jawabnyer.... Sesungguhnya mmg sgt tidak larat utk nanyi.. kami ambik lagu2 merepek jer.. tp besh gak sbb lagu2 yg diambik adalah lagu2 yg akan didengar selepas puasa nie.. Wahhhh ambik mood awal katanyer!!! kah3. Terima kasih semua..

Episode 25: Pizza Hut KLCC
Shopping time bersama kakak aku, anak buah aku dan adik aku.. Seronok!!! sebab kuarkan duit lah.. Boleh? kah3... Aku dapat adiah dari akak aku utk buzday aku nanti.. tp x leh post lagik, tggu buzday ler... Aku pulak shopping suar utk anak buah kesayangan aku. Sesungguhnya budak2 zaman skg sgt hebat yer..... Nak yg mahal jer. Selesai shopping fasa pertama, kami g Pizza hut utk berbuka.



Episode 26: Maksu
Akhirnya dapat jugak aku berbuka puasa ngan maksu.. Terima kasih maksu kerna gigih utk berbuka sekali. Cam nielh antara yg bagus... Mencari masa dan aku jugak mencari masa utk berbuka ngan dia.. Tak der alasan kata x bolelah.. wlpun jauh, x der kereta,moto hanya bergantung pada LRT, itu tak menjadik alasan kepada maksu utk tidak dtg ke umah aku. Kami berbuka ngan meriah sekali. Seperti biasa A&A ada, am,fify, maksu dan jack.. Meriah kan?
Semua pic itu ada dalam blog maksu.. nanti aku curik satu dan masukkan kat sini. Thx kepada semua...Maksu Dapat jugak ye kita berbuka sekali.. suka sgt!!!!winkkk..
* Nantikan episode akhir 'Ramadhan aku' yg akan melabuhkan tirainya.........
posted by wan khairy @ 6:24 PM
4 Comments
Ramadhan aku
Episode 21: Pelita KLCC
Perghhh masuk puasa 21 , tekak aku nak makan nasi kandar la pulak. blupppp sedap!! So aku plan nak berbuka kat pelita sowang2 setelah achu di book oleh kwn baek dia. Tapi bila dipikirin balik aku masih ada kengkawan baek yg laen, besh frend aku berikutnya ialah...'mira' la.. terus msg dia ajak berbuka sama, sbb smlm dia dah majuk ngan aku sbb tak berbuka ngan dia. Seperti biasa jawapan dia 'OK'. makanya aku dah ada teman... tp mira pepaham lah kan, selagik boleh mmg akan lambat, paham sgt konsep dia nie... So ada seorg lagi yg nak berbuka sama.. iaitu firdh. Lega sebab ada jugak yg akan sampai cepat sementara nak tunggu mira. Kami berbuka puasa utk kali ke2nya.. banyak jugak disembangkan.. tetapi yg byk bercakap seperti biasa.. firdh la. kah3... ada jer ceritanya.. aku seperti biasa menjadik pendengar yg baek. Selepas berbuka puasa, mira masih belom tiba!!! hurmmm JEM katernya.. baeklah... Pas makan berborak2 lagik, mira sampai, dia dah selesai mkn ,terus kami g karaoke... bilik di open 3jam.. Satu jam pertama hanya kami ber3 yg ada, iaitu firdh,mira dan aku.. Selepas mira beredar fify dan am datang join. Mereka2 nie gatal tekak jugak utk melalak, sib baik dtg.. klu tak datang mmg mencari bala maha pertaka ye!! Alhamdulilah datang jugak, wlpun lewat sejam. Seronok sgt karok ari tue.. Dpt dengar suara firdh yg besar dan lantang! Suara am yg nyaring 'black sgt'. Suara fify yg manja2 nak kuar. Dan suara aku yg pelbagai versi dan variasi..kah3.

Episode 22: Umah
Konsepnya berbuka dirumah, sebab mood hari tue mengemas rumah.... so x larat nak berbuka luar, maka umah jadik tempat berbuka. 'Nasi ayam dara' Menjadik menu utama . hehehhehe.... malam tue aku hanya duduk umah, melalak menyanyi... dan tengah mlm g danau kota, jalan2. Mak aiiiii sesak giler org.. konsepnya mmg tawaf sekali jer, pastu terus belah tanpa beli apa2... x boleh nak membeli kot... jutaan manusia ada kat situ.. klu wangi semua x per... nie selagik voley.. perghhhh bernafas ikut mulut ye anak2 semua. Pastu kami g sahur.. dalam kul 4 pulang utk tito.... Hujannnnnnnnnn, sedapnya tito pelok bantak muchuk. Owh yer, yg join g danau kota ialah, A&A, fify,am dan aku. wink.
Episode 33: Nandos PV
Matlamat aku hari itu ialah, 'hari ini hari achu utk shopping' makanya mari jalankan misi itu. Kah3.. Seronok melihat achu shopping dari binatang ke kereta ke diri sendiri ke diri amal ke diri aku( ada ke? ado adalah.. bilalah org nak belanja aku shopping... koma)* Achu cuba utk menghasut aku beli itu dan ini, tetapi tak termakan dek hasutan kerna aku dah set dalam otak... 'Sabar cik wan..sabar...... jgn terpedaya...' So semalam mmg hari achu menghabiskan duitnya selagik mampo yer.. Alhamdulilah semenjak menjadik OKB nie, menjadik2 shopping achu .. Semua nak upgrade nie.. HEBAT!! Ari tue kami berbuka kat Nandos PV. Aku tak berkenan sgt mkn situ, tapi itu jer pilihan yg ada .. makanya turuti jer, janji kenyang. Selepas mkn kami sambung jln2 mencari barang aku pulak..aku tetap shopping, tp hanya membeli brg yg dah set dlm otak utk beli.. kah3... buat list nie. Selesai semuanya kami gerak ke jln TAR pulak untuk carik sampin A&A. Firdh pun ada, sbb dia jugak ingin mencari sampin... tapi kami jumpa kat sana jer... Tetap achu shopping sakan. Bagus tul.... 'Wan suka sgt achu' nak shopping satu jln TAR pun boleh, wlpun kaki aku nie hampir terkulai layu. hahahahaha.. Firdh jugak shopping byk.. aku memilih sampin utk dia, harap dia suka... wink. Selesai situ kami g sahur kat pelita.

* raya..raya...raya.... yeahhhh tak sabar balik penang!!!!!!!
posted by wan khairy @ 6:44 PM
0 Comments
Ramadhan aku
Episode 19: umah ajer...
Berbuka kat umah sebab nak tito awal dan x der plan sebenarnya.hahahaha.. Seperti biasa achu akan menjadi peneman. berbuka puasa ngan pelbagai jenis lauk pauk.. gila banyak beli yer... dari ikan bakar/siput sedut/daging/udang/sotong/kebab semuanya HABIS dimakan oleh kami ber2. Konsepnya ialah 'Berbuka Puasa'. wink.
Episode 20: DOME KLCC
Dah lama rancang nak g berbuka skali ngan kwn baru aku nie... Dari satu tarikh ke satu tarikh.. tapi semalam, ramadhan ke 2o berkesempatan jugak kami berbuka bersama. Firdh nie aku kenal dalam FB. Satu2 nya kwn baru yg aktif kat FB aku... Ramai gak kwn2 baru kat FB tue, tapi kebanyakkannyer menyemak dari berfaedah.. konsepnya penuhkan list dan bakal la tue didelete oleh aku. Aku pun hairan mereka nie add2 segala, pastu senyap.. konsep apa pun tak tau lah... SEMAK!! Pastu yg x semak pula berangan kalah 'Buah berangan'.. haiyoooo... ragam manusia.. baek aku ubah topik, kang tak pasal2 dosa melebihi pahala (slogan aku di bln puasa).




Konsep air ialah 'Pink'.. ambik mood baju raya aku. kah3... Sesungguhnya ramai yg bertema pink tahun nie, tak sabar utk bergambar ngan insan2 yg berbaju pink. Org yg berkonsep baju raya warna laen, maap yer.. kerna anda pasti tahu konsep LCW bagaimana. banyak jugaklah 'Juru kamera' nanti yer? kah3.


* Aku masih menunggu berbuka puasa bersama akak aku nie, minggu depan insyallah.. kerna konsepnya shopping dulu, pastu berbuka puasa.. sebab tue tak sabar nie. Seronok pulak buzday jatuh dalam bulan raya.. kah3.
posted by wan khairy @ 7:03 PM
4 Comments
Ramadhan aku
Episode 14 hingga 18
Aku bukan terlalu BZ untuk update blog nie, tapi masalah kesihatan 'Casper' yg kritikal menyebabkan aku x dapat nak update blog... Setelah 'Casper' pulih baru aku boleh bercerita segala aktiviti melalui blog nie. jom aku cerita serba sedikit tentang jelajah 'ramadhan aku' .
Episode 14: umah sajor..
Sepatutnya berbuka ngan phezz dan papa, tapi papa last minit cakap tak jadi.. sgt biadap, so abaikan jerlahh.. Aku berbuka kat umah bersama achu.menu hari tue x ingat..(boleh?) hahaha..
Episode 15: Nasi ayam sedap sg.wang
Kali nie menu nasi ayam jadik pilihan.. perghhh situ mmg sedap pun.. Phezz julung2 kalinya berbuka poser sekali ngan aku utk tahun nie. Atleast ada nama ko dlm senarai jelajah ramadhan aku. hehehhe. Seperti biasa A&A sentiasa menemani aku...
Kesedapan nasi ayam ini , menyebabkan aku memerlukan 'Nasi tambah'.
Episode 16: IKEA
Shopping lagik, barang umah jadi tumpuan utama. mmg konsep tahun nie umah aku jer yg raya sakan..
Achu dan amal ari tue sungguh gembira melihat aku shopping. korang tunggu ahad nie, giliran korang pulak shopping okey!! Aku bab2 hasutan dan godaan shopping memang kalah... huhu, dan mereka selagik boleh suruh aku beli itu dan ini.. haiyoo..

Ari tue kami berbuka kat ikano, Kluang station.. Buffet situ murah, RM11.90 sekepala. Kira berbaloi gaklah makanan yg ada kat situ.. kenyang!!!
Seperti biasa air bandung pasti menjadik pilihan kami semua klu berbuka poser kat luar.. Sebab tak tahan ngan warna dia yg cute tue. kahkahkah..
Makanan aku jgn cakaplah, selagik boleh pasti penoh.. Pastinya habis yer semua itu... Selepas berbuka kami bergerak pulak ke OU. Selagik ada duit, mmg kaki nie ligat berjalan. KONSEP sgt!!
Episode 17: umah achu
Aku berbuka sana dan membawa 'Casper' utk dipulihkan oleh doc fify.. akan tetapi 'Casper' aku memerlukan doc pakar, maka kwn fify si anis yg tolong betulkan... Yeahhh akhirnya pulih jugak casper aku.. Sampai pagik jugaklah menunggu.. selepas selesai semua itu kami g sahur kat BRJ, pekena nasi lemak.. And kesudahannya... aku sakit perot sampaiii pagik...
Episode 18: MC
Disebabkan sakit perot dan x cukup tito, maka aku memutuskan utk MC dan tito kat umah sampai petang.Pas bangun tito kul 1, aku kemas dapur dan g teman paktam shopping baju raya adik dia kat ampang park. Mlm tue aku berbuka ngan achu,shah dan eyoi kat umah... Selepas berbuka kami rancang nak g Jln TAR, yeahhh bole cari baju melayu aku.. Dan akhirnya jumpa jugak, wlpun mahal..aku tutup mata jer beli, sbb dah minat sgt warna baju tue ngan corak dia... hehehehe... Paling penting mlm tue jumpa ramai org.. hurmmm dunia nie kecik jer kan? Apa2 pun, yg pastinya mereka semua masih idup sihat dan sentosa. Alhamdulilah.
*Raya makin hampiri.... diri ini masih sendiri... apa2 pun aku epy kerna masih punya kwn sejati.
posted by wan khairy @ 8:53 PM
0 Comments
Ramadhan aku
Episode 12 : Rumah achu
Selepas tgk citer 'The final destination' achu cuti panjang (dpt mc) sbb preview yg achu bagi sebenarnya mencederakan diri dia. Citer tue mmg malang bagi achu ( malang ke? dpt mc lama tue).. so, achu buat la masak2 kat umah dia, sbb x mampu utk berjln ke pasar ramadhan atau ke mana2. Aku seperti biasalah dijemput utk makan. hahahha.. Besh achu masak, ingatkan aku jer yg ada, fena dan hary pun ada jugak..... am,fify dan ewan jugak ada... jack je x der sebab kerja. Hanya kami sudah cukup utk buatkan makanan yg achu masak habis.. klu ada yg laen dtg, maka kena lah goreng ikan2 guppy achu. kah3.


*semua dok tunggu aku masak, hurmmmm nak megi perisa apa? bg tau aku masakkan..
Episode 13 : Buzday amal
Plan asal datangnya dari mulut akulah. Aku kan suka plan buzday kengkawan baek nie.. Kengkawan jer x suka plan buzday aku. hahahahaha... ( x per, tahun nie aku x buat buzday, nk tggu korang plan, bole? pengsannn) Aku cadangkan kat acu buat buzday dia kat karaoke, bwk masuk kek kecik sudah, utk kita ber3. Asalnya mmg ber3 jer... Pastu plan ajak am dan fify, akan tetapi selepas berbuka puasa achu kata ada filem kerajaan telah berlaku... Am jatuh sakit!! tetiba punya konsep aku malas utk ulas, kang dapat dosa dari pahala.. Apa2 pun rancangan tetap berjalan( achu sabar k, x perrr jadilah manusia yg baek)... Pertama kali jugak aku berbuka poser tanpa achu( merajuk2 manja, aku kan seorang yg cepat terguris... tp merajuk aku kejap je... ) Selepas berbuka achu dan amal dtg ambik aku.. dan kami ke KTV ampang park la. Sesampai sana achu g ambik bilik, aku g beli kek... hahahhaha... Dalam kul 10 kek pun masuk, amal apa lagik...... 'Buat muka jalan kaki dia lah, sambil terharu2 manja'....



*Hanya tinggal satu buzday yg terakhir selepas ini... iaitu... siapa? entah!
posted by wan khairy @ 6:32 PM
2 Comments
The Final Destination
Ramadhan aku episode 11: berbuka kat umah
Kali nie x ada pic makanan, sbb cam malas nak masukkan, terlalu menyelerakan. menu semalam ialah nasi kerabu setiawangsa. Sedap sgt. Akan tetapi sangat mahal yer konsepnya!! Kekejaman a.k.a penindasan a.k.a ketamakkan telah berlaku kat kedai makcik tue. mmg sekali jer aku beli, pastue, bye*. Ayam seketul(tue pun peha yg kecik)/sedikit paru/rencah2 nasi kerabu berharga rm9 hinggit. ( mmg kaya makcik!!!!) Tapi dibulan poser nie, aku halalkan lah yer, idaklah perlu maki lebih2, sbb mmg tekak nie nak mkn nasi kerabu. so tak pelh... cuma pasnie mmg idaklah aku beli situ lagik. Aku berbuka ngan achu /eyoi sekeluarga. Selepas abis mkn aku dan achu terus ke damansara utk red carpet citer 'The final destination' .




*Adoiii bilalah masa aku nak cat bilik/umah nie... masa itu jeles ngan aku.
posted by wan khairy @ 7:35 PM
3 Comments