kaki wayang

*WoW!!! banyaknyer film2 baru kuar, tapi masa itu tak der dah.. sbb aku akan g bercuti minggu depan.. Yeaaaahhhha.. dan jugak blog tentang ANTM16 jugak tak sempat nak update! klu sempat korang bacalah, klu tak sempat korang bersabar dan layari Youtube dulu k. Bye.
posted by wan khairy @ 9:23 PM
0 Comments
america next top model cycle 16
Episode 10 : Unta owh unta
Top 5 , semakin hampir dan jelas siapa yg terbaik tuk cycle 16. Ternyata memang mereka2 ini bersinar sepjg episode. Tapi siapa yg cemerlang? Episode nie akan memberi anda jawapan itu. Aku nerves sebenarnya episode nie, takut Molly aku buat perangai lagik, merungut lagik depan photographer. Fuhhh sib baik x der, wlpun tetap merunggut kena tidur bertiga! kah3. Itu x per, drama ..drama..drama.. Episode kali nie skali lagik khidmat binatang diperlukan tuk jadik prop! Seronoknya pasar Morocco. OMG!! Aku cam TASTE tuk g bercuti sana.. musti byk yg aku beli. WoWWww... serius aku suka... Photoshoot kali nie berlangsung kat padang pasir, moh lihat siapaa yg unggul... Sudah tiba masa tuk kita pilih top 3 dan top 2 final... dan ini pilihan aku..





* Aku dah pilih top 2 aku siapa.. korang pulak nilailah sendiri k. Paling seronok ANTM 17 All-Star akan kuar selepas cycle 16 nie tamat. Korang dapat bayangkan tak? WoW!!! Musti lagik pening nak pilih pemenangnya..
posted by wan khairy @ 7:22 PM
4 Comments
kaki wayang / bufday hareez




* 10 hari lagik tuk percutian yg di tunggu2. Tak sabar tuk beraksi..
posted by wan khairy @ 6:59 PM
4 Comments
kaki wayang

* Sakit pulak hati sbb asyik tengok film yg bintang nyer x bergemerlapan. Tak per, byk lagik film akan keluar dan cam best tuk ditonton. Citer melayu cam x best tuk ditonton skg. Tunggu Karak dan Seru keluar. Film tue cam seronok tuk tutup mata. ha3.
posted by wan khairy @ 6:34 PM
0 Comments
america next top model cycle 16


Melihat pada peserta, antara Alexandria, Molly, Brittani ,Hannah dan Kasia aku merasakan persaingan sengit akan dtg dari Brit, Alex dan Molly. Kasia bagik aku cantek tp utk Italian Vouge? im not sure. Hannah pulak kejap timbul kejap tenggelam. Tak sabar nak tunggu minggu depan, mereka akan beraksi ngan Binatang sekali lagik! Cycle kali nie mmg banyak khidmat binatang digunakan. Hehehehe... Lega minggu nie aku tak perlu taip panjang2.. YeaAAahhhh!!
* Top 5 bakal beraksi. Setiap mereka punya kelebihan masing2. Siapa saja boleh tersingkir andai x fokus. Sumpah tak sabar dah nie nak tggu minggu depan. ha3.
posted by wan khairy @ 7:02 PM
2 Comments
Bufday Erry/East/Ash




*Acara seterusnya, Phuket Thailand! Acara yg ditunggu2 selepas acara bufday diatas. Harapnya semua dah bersedia. Tak sabar nak g bercuti kat situ bersama kakak" & yg terchenta.
posted by wan khairy @ 6:19 PM
0 Comments
kaki wayang


* Ada bufday party menanti... nantikan ulasan disebalik kemeriahan itu.. AKAN DATANG!
posted by wan khairy @ 7:19 PM
2 Comments
america next top model cycle 16
Episode 8 : Go sees
Melihat episode 8, aku dah agak molly dalam bahaya. Hahahaha, selepas brittani ditegur oleh juri, episode nie Molly pulak kena.Memang badi lol!! lepas sorang, sorang buat hal. Wa3, mmg sesuai ngan situasi. Aku suka je Tyra tegur model2 pilihan nie, sbb dari situ mereka boleh berubah.. Cam alex, 2,3 kali kena tegur, kini dia menjadik persaing yg fokus dan baik (wlpun fake, janji sopan ye idak fasha?? tetiba*). Begitu jugak dengan britt. Melihat episode nie, aku rasa persaingan cam antara alex,brit dan molly. Entahlah, tapi mereka bertiga nie mmg menonjol dan semakin berapi2. Fuhhh... aku teruja episode nie sebab ada cabaran Go-Sees!! LOVE..love..LOVE . Kat sini kita boleh melihat kemampuan model2 itu sendiri utk menonjol dan dapat job! Akibat perangai dan aksi muka molly itu dia terlepas tuk memenanginya..... Photoshoot? Dramatic/vouge VS sampah sarap! moh melihat ulasan ttg 6 peserta ini dan siapakah tersingkir! molly? owhhh jom saksikan.






* Top 5 sudah diketahui, tempat baru,cerita baru, aksi baru. Drama?? Siapa pulak yg akan bikin drama minggu depan? Owhhh tunggu... 5 yg terbaik ini akan mencemaskan kita ngan perangai dan aksi mereka.
posted by wan khairy @ 7:35 PM
6 Comments
kaki wayang/ ABP2010


1) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular - 6ixth Sense
Agak terkejut sbb Bunkface kalah! Si SAM tue cam dh nak bangun je.. Walaupun* wa3. Suka je mereka menang, sbb aku x suka tgk pemenang copy paste setiap tahun.
2) Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Aku suka dia menang!!!!! hahahahha.. wlpun ramai yg menyumpah dia menang! Bagik aku dia layak menang banding lisa surirumah itu (Mampos kena maki ngan peminat lisa) Ade mek kesah? wawawawa.... Entah, aku cam suka dia menang, dia cantek mlm tue, manis, dan berlagak mulia (tetap smash).
3) Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Boring!!!! Ingatkan saleh yaacob yg menang! Ade? hahahahha... Entah aku bosan tgk dia menang, cam eeerkkkk... tutup TV.
4) Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
Aku lebih suka si sharifah tue menang. Sbb aku suka tgk dia berlakon komedi. Tapi Noorkhiriah jugak bagus, so aku suka je dia menang.. lalallalalaa.... aksi raja azura ngan shira mmg terbaik lah time nie.
5) Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
Owhhh no!!!!! Aku ingatkan Mirwana menang k! Rabbani two thousand LATE! Kenapa mereka asyik menang sedangkan lagu2 Mirwana yg byk kat radio skg. Hmmmm.. tutup radio.
6) Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Ingatkan Zizan menang! Tapi penangan mak hayam tetap x boleh senang2 tepis. Maybe tahun depan kot milik zizan.
7) Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Ermmm aku x berkenan dia! Tapi dalam top5 itu tiada saingan langsung!! so dia berhaklah naik stage ABP itu sekali. Skali je k!
8) Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Ok, aku suka dia.. walaupun dia byk kali menang, tapi ianya x membuhsankan. Cuma Dress dia malam itu, fafau nampak tua sebelom usia. Sepatotnya Didie alias pakai baju fafau tue.. biar sopan! Dah tua lagik nak berkemban segala.. aiyoooo sib baik tewas, klu tak? satu malaysia tgk pakaian dia mlm tue... Nany Mpchee sgt.
9) Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Bosan giler!!!! serius, cam byk lagik calon2 laen yg lebih layak.. ternyata pembaca berita harian sengkuang. Sib baik aku baca metro dan kosmo je. Wa3.
10)Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Sekali lagi naek stage!!! Suka! mungkin nie tahun last dia tuk trofi tue, sbb dia dah kuar melodi.. Klu dia ada jadik hos kat rancangan laen, mungkin persaingan sengit itu akan dtg dr pengacara melodi yg baru. Sebab rancangan melodi sgt popular.
11)Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
Yeahhhhhhhhhhhhh!!!! tue sudah cukup buktikan kegembiraan aku.
12)Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Kenapa bukan Anuar Zain?????????? hmmmm tapi ok je, janji bukan Shahir.
13)Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Ermmmmmm naik stage jugak Lisa surirumah ni. NEXT.
14)Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Yeahhhh!! suka jugak!! janji bukan Adira. Aku pun tak tau nape anti sgt ngan budak2 AF yg lepas. Kualiti x der ler... aku susah nak suka org yg tiada kualiti.
15)Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Tak syak lagik!!! memang layak milik dia klu nak ukur dgn film2 dia yg pecah panggung itu.
16)Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pengganti dato CT. Dia sememangnya layak menang!!!!
Anugerah Sepanjang Hayat - Dato' Rosnani Jamil
Sesungguhnya artis2 yg berasal dari Pahang, anda kerna bersyukur kerna lahir di sana. Sultan Pahang amat menghargai seniman2 kita. Lihat saja artis2 yg berasal dari pahang, semuanya dapat DATO sudah.. klulah ZZ berasal dari sana.. hmmmm dah dapat dato jugak rasanya.
Anugerah Artis Mobile - 6ixth Sense
Besalah klu bab2 mobile wanita2 gedik lebih menguasai.. so x terkejut mereka nie menang. Kah3.
Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 - Shaheizy Sam
Memang tahun 2010 merupakan tahun Shaheizy Sam. Film2 yg dia berlakon semua pecah panggung, walaupun kualiti film itu pecah rumah sebenarnya. hahahhah... So mmg layak dia dapat gelaran bintang paling popular 2010. Tahniah, aku suka, dia di undi tuk gelaran itu.
* Dayang ko puas hati? aku dah ulas tue.. ade nak tambah pape? Sila drop comment ditempat biasa... sekian terima kaseh. Semakin hari semakin ramai yg view blog nie... terharu2 sgt... Ker?
posted by wan khairy @ 7:51 PM
2 Comments
america next top model cycle 16
Episode 7 : Crazy..crazy..
7 model yang tinggal, dalam ketujuh2 model itu hanya 4 pilihan LCW iaitu 2M,hannah dan jaclyn. Lagik 3 model lain? 1 x berkenan perangai , 1 tak taste, 1 tak kuasa. Hahahah.. Episode kali nie lebih Darshat dari minggu lepas... pergaduhan antara Alexandria(racun) ngan Brittani (pilihan ramai). WoW!! drama makin rancak....Sesungguhnya setitik racun boleh rosak susu sebelanga. Episode lepas, badi itu menyebabkan Monique tersingkir.. adakah kali ini Brittani pulak? NERVES. Jom saksikan photoshot tuk kali nie bertemakan crazy-awesome , bersama prop yg diberi.







* 6 peserta yg tinggal, tinggal 1M bersama2 dua model tuk aku sokong. Bersaing dgn 3 model laen yg x taste.. WoW, ianya makin hampir, persaingan makin sengit. Tak sabar!!!
posted by wan khairy @ 6:53 PM
5 Comments